Thursday, November 29, 2018

Paskal The Movie - Full Movie Review

" Sebab apa kau nak sangat jadi Paskal ni???" 


Hye, assalamualaikum semua. Untuk review kedua ni aku berhajat nak review movie tempatan, Malaysia pulak ya. Tak lain dan tak bukan, Paskal atau nama panjangnya Pasukan Khas Laut. Untuk yg tak tau apa Paskal ni, korang mesti tau Komando kan. Komando ni kira Pasukan Elit yg paling power dalam setiap unit keselamatan Malaysia ni. Untuk Tentera Laut, kita ada komando juga, Paskal nama dia. Tapi kalau tak silap, Paskal ni bakal atau dah dibubarkan. Betulkan kalau silap bosku.

=====================================================================



Paskal The Movie ni juga diinspirasikan dari kisah benar juga. Based on true story. Tapi tak semua la scene dia betul betul dari kisah yang sebenar. Untuk Paskal The Movie ni, aku datang ke wayang dengan tidak mengharapkan apa apa yang terlalu tinggi dan kurang hype eksited dia nak ke wayang, Sebabnya satu trailer dia macam kurang ummph sikit dan juga Production Company yang kurang dikenali sebagai action movie maker. Tapi still aku masih mengharapkan sesuatu yang lain dari yang lain. Rasanya semua movie Malaysia aku harap macamtu.


Okay, Intro Paskal ni adalah sesuatu yang luar biasa power dia bagi aku. Terus tunjuk team Paskal ni punya operation. Sekali peluru yang keluar tu macam betul baiii bunyi dia. Memang tak sangka la kalau itu adalah CGI, memang power production team ni. Sound pun macam real tu. Takda bunyi sampai dulu baru peluru ke. Dia on point.



Apa yang kurang baik dalam Movie ni, bagi aku paling ketara adalah plot yang plain sahaja dan tiada naik turun, Tak mencabar dan terlalu senang nak predict. Level difficulty untuk plot jalan cerita dia memang rendah. Tapi macam aku kata untuk review sebelum ni, selalunya based on true story jalan cerita dia takkan ada yang pelik pelik sebab dia kisah sebenar kan.  Apa yang nak aneh aneh sangat. Tambah sikit sikit saja la nak bagi sedap rasa.


Dari segi lakonan, pada awalnya aku ada sikap sedikit skeptikal yang tidak dapat dibuang. Memang ada perasaan dalam hati yang cakap, "serius la pelakon dia. semua main drama cinta je banyak sebelum ni." Tapi ternyata sangkaan aku meleset sekali. Bukanlah nak kata lakonan diorang semua terbaik, tapi tidak mengecewakan untuk filem aksi ni. Secukup rasa dan tidak cringe dengan lakonan mereka. Ada la sikit sikit macam mak dia tak berapa kena sangat dengan terlalu ikut skrip rasanya. Tapi tak mencacatkan langsung dengan vibe dan momentem yang dah ada dalam movie ni.


Dalam geng Operation control room Tuan Mazlan agak kurang memberi impak dan prop yang sikit dalam operation room. Tak meriah control room boleh adjust bagi gempak sikit. Mungkin memang macam tu suasana sebenar dia untuk operation room Malaysia sebab aku dah dimomokkan dengan filem aksi luar negara. Tapi still memuaskan juga scene diorang. Tuan Mazlan lakonan Eizlan Yusof memang sesuai bawa watak tu kalau skrip dia diubah sikit la.


Tiap tiap scene memang kena dengan scene sebelumnya. Tak rasa ada banyak pun scene yang tak patut ada. Semua scene dia tak draggy mungkin ini salah satu kelebihan plot movie sebegini rupa. Jadi dia dapat fokus kat implementation tiap scene tu bagi menarik dan real. Tak payah pikir nak plot twist ke apa ke.


Dari segi sinematogarphy, mainan kamera yang cukup baik sekali dapat kita tengok. Tiap scene seolah olah nampak real tiap tiap shot memang sesuai dengan semua scene tu. Ada la satu dua scene nampak tak berapa lawa sangat shot dia nampak macam dokumentari punya kamera mungkin tak perlu editing sangat sebab nak bagi lebih feel lagi, macam terjun dari kapal terbang tu dengan scene awal awal geng Paskal tengah minum minum sebelum siren berbunyi. Rasanya tu terjun betul betul tanpa CGI. Tapi tak banyak la scene macam tu dan aku tak pasti memang itu shot yang lawa bagi orang seni atau aku je rasa yang kena tambah CGI dan editing kat situ.


Apa yang best sangat Paskal ni?


Bagi aku klimaks movie ni diolahkan dengan amat baik sekali. Serupa dengan movie International la aku boleh kata scene last ni. Selamatkan hostage dengan tiap tiap pelakon Paskal ni memainkan peranan masing-masing. Memang aku terkejut sebenarnya tak expect langsung akan ada kualiti macam ni dari movie tempatan. Suspens woww gila, yang aku boleh katakan, paling terbaik setakat ni dari filem aksi Malaysia. Segala slek slek movie ni kau dah tak pandang dah.


Sedikit drama yang diterapkan untuk memberi push pada watak watak dalam movie ni juga berperanan memberi lebih emosi pada penonton. Bagi aku benda ni memang kena sebagai rencah yang sesuai untuk membuatkan movie ni diangkat Filem aksi terbaik Malaysia. Eizlan Yusoff memang terkesan dengan kata kata akhir dia dalam scene last tu.


Watak antagonis/penjahat juga berperanan dengan baik dalam menjadi penjahat. Tak banyak boleh cakap Ammar Alfian sebagai Jeb ni sesuai dikatakan pelakon kedua terbaik selepas Namron dalam movie ni. Tapi Namron hanya watak sampingan jadi dia kira watak utama yang layak dapat watak terbaik mewakili movie ni.


One to one combat yang begitu real tak tipu bila fight dengan Hairul tu. Scene yang orang tunggu tunggu macam tu dia sajikan last sekali memang kena dan tepat. Sebab Paskal ni bukan saja hebat dengan senjata tetapi jugak combat skills. Bagi aku kedua dua orang ni fight memang mantap dan real.


Satu pencapaian yang mantap untuk perfileman Malaysia sebab selepas keluar movie ni aku rasa bangga yang teramat sangat dan kau dapat rasa pengorbanan Paskal ni kepada negara walaupun simple je storyline dia.


Harap Producer dan Pengarah lain akan follow kualiti movie yg macam ni.


Rating, 8/10