Wednesday, November 21, 2018

Bohamian Rhapsody - Full Movie Review (Dari seorang bukan peminat Queen)

"Assalamualaikum semua. Ini merupakan review movie official yg pertama dari aku. Jadi segala pendapat yg berlainan dan tidak menepati citara rasa anda, saya mohon maaf dan anda bebas untuk menegur dan mengkritik review ini secara aman. Zona nyaman."


================================================================



Okay semua, Bohemian ni adalah sebuah movie yg bergenre "Drama Biopic". Satu genre yg selalunya dan memang memerlukan kesabaran dan fokus yg tinggi berbanding movie bergenre lain. Sesetengah penonton cepat boring dan mengantuk tambahan lagi movie yg terlalu banyak diolog tanpa unsur suspens, misteri, critical thinking dan lain lain....


Tajuk kepada movie ni. Ramai peminat tegar Queen ni atau yg minat lagu lagu bergenre macam ni sure kenal dengan tajuk movie ni. Tapi untuk yg kurang minat atau tak minat atau yg minat satu dua lagu Queen (macam aku la) pasti tak tau pun tajuk movie ni based on salah satu lagu dia yg paling kontrovesi dan ada maksud yg sangap deep. Macam dengar 3 ke 4 buah lagu datu satu single (15 tahun baru siap sepenuhnya lagu ni kalau tak silap. Kalau silap mohon betulkan)


Sebelum tu, review ni based on aku punya view yg hanya minat Queen dengan lagu We Are The Champion dengan We Will Rock You sahaja. Freddy Mercury atau watak utama dalam movie ni pun sebelum ni aku tak kenal. 


Apa yg menarik sebenarnya movie ni?

Bagi aku, movie ni memang senang penonton nak blend dengan dia dan cepat buat kau "khayal". Ada setengah movie nak masuk tengah atau klimaks storyline baru kau boleh layan. Maybe sebab dia ada unsur muzik. tak terlalu boring.

Time nak build up mood dalam movie ni dia ada tease sikit sikit lagu dari Queen ni tapi tak fully tunjuk la. Jadi penonton akan macam woww this is Queen ke? Dah nampak dah excited dia macam kau rasa nak lebih lagi. Tunggu tunggu la juga bila nak keluar dia buat live konsert ni fell dia macam mana pulak...

Konfliks dalam cerita ni, bagi aku tak cukup "jahat" yg boleh buat kau stress macam movie bergenre macam ni yg lain. Geram geram manja la orang panggil. Jadi dia lite lite je, gaduh dengan family sikit sikit, dengan bandmate pun tak teruk mana, awek clash semua tu okay la acceptable.

Genre macam ni ada satu benda yg kompem akan ada. Dia punya tacing moment tu. Pengarah akan buat air mata jantan kau mengalir. By the way, Pengarah dia adalah Bryan Singer. Peminat X-Men sure kenal punya sebab most movie X-Men Universe dialah yg direct. So, kau boleh expect la tone untuk movie ni macam mana.

Bagi aku, tacing moment dia memang sedih dan indah. Kau dapat rasa macam mana Freddy ni adalah seorang yg lonely sebab dia macam tak tau dia ni nak apa sebenarnya. Jadi kau lebih kepada simpati dekat dia ni.

Paling koyak sekali, bila dia bagitau bandmate dia, yang dia ada penyakit Aids. Koyak rabak habis bang. Tahan je nangisss. Mana taknya, dia sebelum ni nak share dengan orang tapi tak tau dengan siapa. Bila dah ngam dengan membe dia balik, baru berkesempatan nak luahkan. Dan membe dia pun sempoi, terima seadanya. Tak koyak kat situ, diorang paham kalau diorang koyak kat situ, sure Freddy koyak, habis semua koyak, nangehhhh. Dan ada banyak lagi lah scene yg tacing lain yg sampai kau tunggu tunggu bila lagi nak ada scene macam ni. Kau nak semua orang rasa simpati dengan si Freddy ni.

Yg agak kurang kat sini konflik percintaan cinta 3 segi yg agak menggelikan sikit la tak tau nak cakap. Tapi dia based on true story kan, takkan nak ubah pulak.



Teknikal

Lakonan bagi aku, watak utama ni si Rami Malik, memang menjadi lakonan dia. Dia berjaya jadi Freddy Mercury sebab untuk movie biopik ni, pelakon kena masuk dan selami watak yg sebenar yg pernah wujud kat dunia ni bukan main main. Kalau movie fiksyen ke kau hanya jadi diri sendiri je dan ikut character yg diberikan. Jadi memang susah la nak menjiwai watak seperti ini. Pressure lagi tak payah cakap la, berjuta pulak peminat Queen kat dunia ni, slack sikit je kompem kena kondem. Tapi bagi aku okay si Rami ni silap silap dapat anugerah apa apa nanti.


Tapi, yang paling padu la movie ni, Cinematography dia. Scene last sekali memang gila. Macam kau jadi kamera bergerak baiiii. Apa kejadah dia. Power nak mati konsert dia tu. Dengan iringan lagu lagi dan ada scene scene tacing yg buatkan mengalir air mata terharu. Perfect la. Crowd bawah tu paling tak logic. Memang real tak tau nak cakap macam mana. Dan last dia simpan lagu dia paling famous We Are The Champion tu last sekali memang berkesan. Tak percaya tengok bawah ni. Macam real bosku.



Mood movie ni pun, kau as rakyat marhaen pun boleh terima tiap scene dia tak terlalu serabut dan kemas. Flow jalan cerita pun okay walaupun ada scene yg dah kena potong pun kau masih paham cerita dia. Jalan cerita dia untuk movie ni kau hanya tambah bagi sesedap rasa sahaja la sebab dia based on true story. Aspek penting untuk create plot yg menarik untuk movie ni ialah macam mana Brian Singer tu nak pilih scene mana nak bubuh dan mana nak abaikan sebab dia ada 45 Tahun kehidupan kalau tak silap. Takkan nak letak semua scene Freddy ni je.

Tapi bagi aku ni bukanlah movie untuk Queen tapi lebih kepada Freddy Mercury la. Jadi mungkin akan ada peminat Queen yg akan pertikaikan filem ini. Tapi as a movie, dia berjayalah dari segi kualti semua segi. Dari segi based on a true story punya plot dengan skrip, kena tanya yg lebih mendalami Queen dan Freddy Mercury lah ye. Sama ada betul ikut ke, tambah perisa terlampau lebih ke, atau just nice ke...

Rating aku untuk movie ni, 8/10.

Ya memang aku jenis mudah terhibur. Sekian Terima Kasih.